Wednesday, May 26, 2010

Sejarah Pandan Indah

Pandan Indah merupakan sebuah bandar di Kuala Lumpur, Malaysia tetapi dalam negeri Selangor. Asalnya sebuah kampung yang kini dikenali dengan nama Kampung Pandan. Pandan Indah berdekatan dengan Taman Muda, Pandan Jaya, Pandan Perdana, Taman Cheras Indah, Taman Shamelin Perkasa dan Taman Nirwana, Taman Kencana, Taman Cantik,

Di sebelah kanan ialah Sungai Kerayung dan Jalan Lingkaran Tengah 2 Kuala Lumpur (MRR2) yang menuju ke Zoo Negara, Batu Caves dan lain-lain.

Pandan Indah merupakan kawasan yang pesat membangun dengan dereta taman perumahan setingkat, dua tingkat dan rumah pangsa. Apabila pentadbiran kawasan Ampang dipecahkan dari Hulu Langat, Menara Majlis Perbandaran Ampang Jaya telah dibina di sini. Di tepi kanan MRR2 terdapat kompleks pasar raya Econsave Safari.

SEJARAH RINGKAS SK PANDAN INDAH

Nama Sekolah
SEKOLAH KEBANGSAAN PANDAN INDAH


No. Telefon
03-42953735


No. Fax
03-42953835


Motto Sekolah
BERILMU, BERAMAL, DAN BERTAQWA

Sekolah Kebangsaan Pandan Indah (SKPI) telah dibina pada 11 Disember, 1995 di atas tapak seluas 4.052 hektar yang merupakan bekas lombong bijih timah. Ianya dinamakan SKPI kerana mengikut kawasan perumahan Pandan Indah, Ampang.



Sementara menunggu pembinaannya siap, SKPI menumpang di SMK Pandan Indah yang terletak berhampiran dengan tapak pembinaan sehinggalah ianya siap untuk digunakan pada sessi persekolahan 1998.

Pada sessi persekolahan pertama SKPI pada tahun 1996, bilangan murid adalah seramai 670 orang, 21 orang guru dan 17 buah kelas.

Murid-murid awal sekolah terdiri dari bekas murid SK Taman Muda, SK Pandan Jaya dan SK Taman Nirwana



Guru Besar
Tuan Haji Said bin Haji Sidin
Puan Aishah bt. Abdul Ghani
Pn. Salma bt. Deraman
Pn. Nik Aziah bt. Nik Yusof.

2 comments:

  1. thnks info ny...

    ReplyDelete
  2. ADA RUMAHUNTUK DISEWA DEKAT PANDAN INDAH @ PANDAN JAYA TAK
    UNTUK STUDENT MASUK JANUARY 2012

    ReplyDelete